Assalamualaikum.
Yang pertame tame,
Alhamdullilah, selamat sampai kat UKM ni. Phewww (letih sangat kan)
Raya Qurban ni keluarga belah ayah plan buat barbecue.
So, berbacue la kami semua. Ehek:)
Meriah sangat ade nenek, makcikpacik, sepupusepapat.
Alhamdullilah kiteorang melantak dengan bangganye. hahaha:D
mama saya yang berbaju kurung, menawan kan?:)
Berbacue depan rumah nenek di bawah pohon:)
Syukur Alhamdullilah apa yang kami rancangkan berjalan dengan baik, tiada masalah dari segi ape pun.
Mungkin keikhlasan kami untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kami.
SYUKUR YA ALLAH.
Dari saya, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA:)
Ape pun kritikan yang datang menghentam kite, abaikan lah.
Biarlah Allah yang membalasnye, syaitan itu sentiasa menghasut manusia supaye membenci sesame manusia. So, kalau kite tak nak tergolong dari golongan syaitan, kite berbaik la dan bermaafan.
Seandainye mereka tak nak bermaafan terpulang la:)
PEMAAF adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim. Sifat itu mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana dapat menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Justeru, sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Tweet