Sincerely, ME ツ

Total Pageviews

SedangTerjah

Sunday

Happy Life:)

Assalamualaikum


Five simple rules for HAPPY LIFE! 

1. Don't ever give up! (never back down)

2. Don't be emotional (have faith)

3. Don't make thing complicated (keep it simple)

4. Don't be a grown up (stay at youthful as kid)

5. Don't take things too seriously (laughter at problem)

ALLAH SEGALANYA BAGI KU

Assalamualaikum






Die!

Assalamualaikum

Ehhh nape entry fara pasal die ni? Its okay, bukan pasal ape pun. Fara ade benci satu mende ni haaaa! korang penah tak rase time korang tengah urgent nak gune phone time tu la bateri phone mati. What the? hurmmmmmm memang kene sesumpah la phone tu kan. So the conclusion beli 2 3 4 5 6 7 biji bateri! puas hati!


Dear alls:)

Assalamualaikum

Dear you, you and you,


UKM:)

Assalamualaikum

Satu je saye nak bagitahu, saye sayang tempat saye menuntut ilmu! Universiti Kebangsaan Malaysia!





Twitter si Burung Biru:)

Assalamualaikum

Nak bergosip dengan fara? 
opssss dosa, nak bertanya khabar? 
follow la twitter fara. 
Kat situ lebih open, sebab boleh tweet ape ape saje:)


Sekian

Facebook:)

Assalamualaikum

Nak tahu semua lebih detail pasal fara, add atau subcribe!


Sekian:)

Big Bad Wolf:)

Assalamualaikum

Hai fara da pegi da Big Bad Wolf kat MIECC Mines. Best wooooo, pasal harga buku murah murah. Semua genre ade. Dari buku motivasi sampai la komik, semua ade. Tapi buku english jela. Semua buku dari luar negara. Fara beli buku motivasi, novel, dan komik. Buat mase ni baru bace sikit pasal fara busy dengan study. Tape, cuti sem nanti tengoklah! habis semua buku fara bace. Bajet bajet pulak ek. Hehehe.

haaaa tu dia!

Nak jadi jahat ni!

Dengan roomate!

Novel cinta baik untuk kesihatan, hehe

 Teringin la pulak pakai cenggini. ehehe


Cara Menghadapi Haters!

Assalamualaikum


Entry ni pasal macamne kite nak hadapi orang yang benci kite. Kadang kadang kite tak tau kenape orang benci kite kan? Secara tibe tibe kan? Barangkali orang tu cemburu dengan kite. So, ade la tips nye.


Buat tak tahu
Rileks je, jangan membenci dia. Biarpun dia membenci kita sepenuh hati. Biarkan dia hidup dalam penuh kebencian itu. Hadapi dengan tenang. Jika mereka ini meminta bantuan dan memerlukan pertolongan anda,bantu sahaja. Positif okay!

Buat baik dengan dia
Balas kebencian dengan keramahan. Seandainya dia membenci kamu, dan kamu tahu dia sangat membenci kamu, memaki dan menghina kamu pedulikan itu semua. Senyum sahaja. Jangan gelabah!!! kalau kamu gelabah dan memakinya dan membenci jugak nampaknya kamu sama sahaja seperti dia!! tiada beza langsung kot.

Kawal emosi
Dituduh dengan perbuatan yang tidak kamu lakukan. Sebagai contohnya kamu dituduha mencuri, memfitnah dan sebagainya. Kawal emosi. Jangan cepat terganggu. Buktikan bahawa kamu tidak bersalah dan kamu dipihak yang benar dalam keadan akal yang waras.

Tegur
Tegur sahaja orang yang membenci kamu dengan lemah lembut dan tenang. Kadangkala apabila kita bersikap sebegitu hati mereka akan terbuka menerima diri kita.



Sekian


Tekanan Perasaan:)

Assalamualaikum

Yes! Tekanan perasaan! dikala ini di ketika ini saye menghadapi tekanan dalam menghadapi peperiksaan. Tapi tape, saye cube. Good luck for me. Wish me ya friends. Terima kasih. Sekian.

Tips Diet Untuk Pelajar Universiti:)

Assalamualaikum

Hai, entry kali ni fara nak kongsi tips diet untuk pelajar Universiti, untuk pelajar lain pun boleh. Yela kite sebagai pelajar kan macam macam aktiviti yang kite kene lakukan, kadang kadang kite terpaksa korbankan pemakanan kite. Ye dak? so, ni ade sikit tips. Hope korang boleh amalkan lah.

TIPS DIET!

  1. Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.
  2. Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
  3. Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran. Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.
  4. Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan makanan yang seimbang.
  5. Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)
  7. Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.
  8. Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng! (nasib fara tak suke mayonis)
  9. Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi, apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh!
  10. Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

Doa penerang hati:)

Assalamualaikum

What ever is, you must read this Du'a! supaya kite dapat menghafal sesuatu yang kite hendak belaja. In shaa allah kite dapat melakukannye. Ameen.




Tips menghadapi peperiksaan:)

Assalamualaikum

Memberi salam itu penting bagi kite umat Islam. kan? so, sesame Islam jangan lah sombong. Haaaaaa gitu. Okay, peperiksaan da nak dekat. Dekat dekat ni la ade tips-tips nye. In shaa allah kite yang akan menghadapi peperiksaan ni akan dapat menjawab nye dengan baik.

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh hal yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Tasik Kenyir, Terengganu:)

Assalamualaikum


Hai uolls jumpe lagi, entry kali ni fara nak cerita pasal pengalaman pergi Tasik Kenyir, Terengganu. fara pergi da lame da, tapi baru update sekarang. Pemalas kan fara ni. Apepun sangat happy you know. Rase nak pegi berkali-kali. Yela bukan semua orang dapat rase pengalaman makan, mandi, tido dan buat semua aktiviti dalam bot. Percutian saye selama 4hari 3malam.

Bajet hot

Indahnye ciptaan Allah

Depan bot

Depan pintu gua

Ini lah Gua Bewah

Tinggi nye menara kat Air Terjun Langsir

Jaket keselematan itu penting tahu

Kawan baru ni, sumpah die kelakar

Mereka awesome



Kad KTM Komuter 1Malaysia:)

Assalamualaikum

I just want to say that I'm proud to be Malaysian! I love Malaysia! so, kepada yang bukan tak sayang Malaysia tu janagn kutuk kutuk Malaysia okay! sebab saye akan marah. Hehe:)

Okay, sebelum ni saya da dapat kad diskaun siswa kan? sekarang saya da dapat kad KTM 1Malaysia pulak. Heppy yeppy la saye. Yela, bayangkan 50percent diskaun untuk tiket KTM. Selalu saye ulang alik UKM-TBS RM2.40 tapi sekarang hanya RM1.20! See, banyak kan penjimatan yang saya dapat? hehehe. So, kepade yang belum ade kad tu buat la kat KTM yang tertentu. Macam saya buat kat KTM Serdang. Membe saye pulak buat kat KTM Bangi. KL Sentral pun ade.

Okay, mase nak buat cume lengkapkan borang serta salinan kad pengenalan dan menepati kelayakan. Caj RM 1.00 sahaja! Ya Allah, banyak nye kerajaan Malaysia da bantu kite kan? So, fikir-fikirkan la. Hehehe.

Love kad ATM 1 Malaysia





Wednesday

Kad Diskaun 1 Malaysia:)

Assalamualaikum


Hye awak semua, hye sekali sekali lagi. Hehehe. Happy la harini pasal dapat kad diskaun. Yela dapat mende FREE mestila suke kan. Bile dapat kad tu pulak dapatla kite berbelanja dan mendapat kan diskaun. Tapi kedai kedai terpilih jela. Yang TERPILIH pun banyak woooo:) Okay, korang yang ade kad diskaun tu bolehla gunekan kat kedai yang aku senaraikan ni.



BUKU / ALAT TULIS
- MPH BOOKSTORE
- IMLAQ BOOK CENTRE
- BORDERS
- RONA
- KIANG TRADING
- KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD
- KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
- KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD
- UNIKEB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN
- BATA
- KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA
  TERENGGANU BERHAD
- TEXTLINE LINO

KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
- POLIKLINIK AN-NISA'
- QUALITAS HEALTH
- FOCUS POINT
- MENARA OPTOMETRY

MAKANAN DAN MINUMAN
- KFC
- DAILY FRESH
- A&W
- COFFE BERRY
- THE CHICKEN RICE SHOP
- RESTORAN KENNY CRAB
- SWEET CHAT
- LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE
- DUBU DUBU SEOUL FOOD
- MY JAVA COFFEE
- PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL
- STATION ONE PRODUCT
- GLORIA JEANS COFFEE
- BANGI KOPITIAM

PENGINAPAN
- ANCASA HOTELS & RESORTS

- ANCASA EXPRESS PUDU
- LEO EXPRESS HOTEL
- KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD
- KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD
- KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD
- KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
  BERHAD
- RAKYAT TRAVEL SDN. BHD.

SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN
- FOOT MASTER
- PARIS HILL
- PROACTIV
- CLARA
- KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD

PRODUK IT
- KOPERASI CELCOM BERHAD
- KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA
  LUMPUR BERHAD
- IFAMILY

LAIN-LAIN
- BKZ BIKERZ
- ROLLER STAR ARENA
- DOUBLE SITE
- KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD
- KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD
- MYDIN


Haa ni la senarai syarikat yang menerima kad diskaun ni, tapi yang penting mane mane kedai yang ade tampal kad diskaun ni pon boleh.

Sekian:)

Tuesday

KuPilihHatimu:)

Assalamualaikum

Hey you! yes you! How are you? Hehe. By the way, this entry is about the lyrics of song that I crazy! 
It's Ku Pilih Hatimu by Ussy feat Andhika Pratama:)

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
lyricsalls.blogspot.com
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

ussy and andhika

Ehemehem:)

Assalamualaikum


Hai hai. Emm sebenarnye kan. kan. kan. Emmmm malu la. Hehehe. Sebenarnye kali ni entry aku tentang ehem ehem. Terase gedik la pulak. Hehehe. Tapi takpe la, blog kan tentang ape saje kite nak tulis kan. So, yang nak bace tu bace la. Yang nak muntah tu blah la. Hahaha:D

Okay, perkenalkan ehem ehem saye MHMN atau name artis die ADY:)

Nampak kurus kan? Padahal GEM! Hehehe

Orang nye takde la hemsem mane pun tapi manis tu ade lah. 
Ayu gitu. hehehe:)
Tapi sekali die senyum, walawey cair gua. 

Ciri-ciri die yang aku suke:)

1. Baik (bukan penjenayah)
2. Comel (macam nora danish tau)
3. Educated (die bukan spm je tau)
4. Setia (3tahun1bulan11hari. hehe)
5. Rabun (serius comel die sepetkan mate)
6. Lawak (yes! die sangat menghiburkan aku)
7. Pemarah (marah bende yang patut dimarah)
8. Tak masuk campur hal orang (memang perangai die)
9. Ambek berat (sape nak ehem ehem buat dek je kan?)
10. Penyabar (sangat sabar dgn aku sampai la sekarang)
11. Cemburu (tanda sayang tapi kekadang over jugak :))

Dan akhir sekali, dah sayang kan nak buat camne lagi. Segala baik buruk die kene la terima. Takde orang yang sempurna. Aku ni pun bukan baik mane. Okay, anyway that's all:)


thankyoulove





9 per 10:)

Assalamualaikum

Nor Farahin Binti Sakri
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Okay, kenapa aku ambil jurusan perniagaan?

Jawapannye senang je sebab 9 per 10 rezeki adalah daripada perniagaan. So aku teringin la nak dapat  sembilan tu. Aku nak sangat mendalami ilmu tu. Thats why la aku ambil jurusan perniagaan. Nampak macam senang kan? Tapi tu la yang susah sebab memerlukan idea bagi mencapai ape yang kite nak. Ni ade hadis sendiri tentang perniagaan atau perdagangan.

تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ
“Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.“

عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة أعشار الرزقة
“Hendaklah kalian berdagang karena berdagang merupakan sembilan dari sepuluh pintu rezeki.”
Diriwayatkan oleh Ibrahim Al-Harbi dalam Gharib Al-Hadits dari hadits Nu’aim bin ‘Abdirrahman

أَطْيَبُ الْكَسْبِ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
“Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur.” 

Nampak tak? betapa besarnye rezeki daripada perniagaan. So, aku harap suatu hari nanti aku dapat menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ameen:)

Kelunturan:(

Assalamualaikum

Tak bermaya lagi tak berdaya okay. Ni semua sebab kelunturan. Korang penah rase tak perasaan bile baju atau seluar korang luntur warna? pernah tak? haaaaa itu la yang aku rasa =..= dikala ni! seluar tu baru je beli! BARU okay. Mule mule tu aku rendam la seluar tu. Kemain sayang. Yela warne seluar kene clorox (colour favourite) lepas tu barula basuh pakai mesin.

Macamni la, tapi takde la koyak koyak:)

Almaklum basuh pakai mesin kat kolej kene bayar, so masuk jela semua baju. Dengan yakin takde baju yang akan luntur warna. Naik bilik kemain riang sebab dapat basuh baju dengan cepat dan tak penat (penuh sebesen) hehehe. 

Then bile da siap nak jemur. HEYYYYYYYYYYYY! kenape dengan seluar aku ni. elok elok putih jadi BIRU? okay kalau biru semua takpe. Ini ade tompok tompok! Ape lagi keluar la ayat maki aku yang power tu. Geram tau tak! Dalam hati memang nak buang je seluar tu, tapi memikirkan aku ni bukan la kaya sangat nak beli seluar baru aku pun basuh la. 

Sental punye sental, Ehhh tak hilang hilang tompok tu. Aku geram aku rendam dalam air panas! ENAM kali aku jerang air. Tapi hasilnye, amat mendukacitakan pasal sikit je tompok tu hilang. 

Haaa da jadi warne macam ni tapi cair cikit. Cantik kan? tapi ade tompok tompok! grrrr

So korang, aku nak pesan basuh baju pakai tangan atau asingkan baju berwana dengan tak berwana! sekurang kurang nye risiko nak jadi kes macam aku ni berkurang la.



Sedih dengan jerawat ni lagi :(

Saturday

Eid Ul-Adha:)

Assalamualaikum. 

Yang pertame tame,

Alhamdullilah, selamat sampai kat UKM ni. Phewww (letih sangat kan)
Raya Qurban ni keluarga belah ayah plan buat barbecue. 
So, berbacue la kami semua. Ehek:)
Meriah sangat ade nenek, makcikpacik, sepupusepapat. 
Alhamdullilah kiteorang melantak dengan bangganye. hahaha:D

mama saya yang berbaju kurung, menawan kan?:)

Berbacue depan rumah nenek di bawah pohon:)

Syukur Alhamdullilah apa yang kami rancangkan berjalan dengan baik, tiada masalah dari segi ape pun. 
Mungkin keikhlasan kami untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kami.
SYUKUR YA ALLAH.

Dari saya, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA:)

Ape pun kritikan yang datang menghentam kite, abaikan lah. 
Biarlah Allah yang membalasnye, syaitan itu sentiasa menghasut manusia supaye membenci sesame manusia. So, kalau kite tak nak tergolong dari golongan syaitan, kite berbaik la dan bermaafan. 
Seandainye mereka tak nak bermaafan terpulang la:)

PEMAAF adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim. Sifat itu mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana dapat menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Justeru, sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).






 
COPYRIGHT by NORFARAHINBINTISAKRI